Home

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 2, 2019

Travel : Apa yang menarik di Melaka. [Trip 2 Hari 1 Malam]


Assalamualaikum semua! Sebenarnya trip kali ni bukan lah kali yang pertama Mira ke Melaka. Pernah ke Melaka beberapa kali tapi semuanya cuma touch & go. Tapi kali ni Mira jelajah Melaka untuk kenal lebih tempat tempat menarik di Melaka!
Cuma trip yang singkat (2 days 1 night), tapi sebenarnya banyak juga tempat yang menarik boleh pergi di Melaka especially untuk yang ada anak anak!

PENGINAPAN


Jika plan untuk ke Melaka pada waktu cuti umum atau cuti sekolah, mira akan suggest untuk book awal. sebab kebanyakan hotel akan penuh. Since mira pergi ke Melaka haritu pada waktu cuti, sudah semestinya akan jem, so lepas ambil kira beberapa aspek, mira pilih untuk stay di:

EMPERIAL HERITAGE MELAKA HOTEL 




    
  PROS
  • Bilik yang besar
  • Dekat dengan shopping Mall (Betul betul depan Dahtaran Pahlawan Melaka Mall)
  • Dekat dengan A Famosa! (Boleh jalan kaki ke A famosa sebab parking di sana adalah terhad!)
     CONS
  • Parking sangat sangat terhad
  • Kolam mandi dalam renovation masa hari kami datang (boleh call untuk confirmation)

Jenis Bilik   : Heritage deluxe
Harga         : [NP  Around RM180 untuk Public Holiday]
Tapi boleh beli melalui Agoda/Booking.com ada dropdown price, and mira dapat bilik dengan harga RM97 sahaja!


TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI

1) Rumah Terbalik Melaka.
Harga masuk per entry untuk dewasa RM20, tapi biasanya untuk yang datang secara rombongan contohnya rombongan sekolah atau rombongan keluarga boleh dapat ahrga yang lagi murah. Kebetulan hari yang Mira masuk ada promo RM30 untuk 2 orang dewasa. so cuma RM30. [NP : RM20]



















2) Pantai Klebang
Pantai Klebang ni cuma just another tempat orang berkumpul and spend time with family. But kalau nak mencari spot menarik untuk tangkap gambar boleh ke Padang Pasir Klebang Melaka ala ala dekat Sydney (tak sempat tangkap gambar di sini )




3) Melaka Rivercruise
Kalau nak try Melaka RiverCruise, Mira cadangkan untuk naik pada waktu malam. Sebab sepanjang perjalanan akan dipenuhi dengan lampu lampu. Cruise ni akan bergerak sekeliling Melaka dan merentasi setiap bahagian Melaka sambil tour guide akan cerita setiap sejarah tempat tempat di Melaka. Quite a good info. [NP : RM25]



4) Naik Beca Mengelilingi Bandar Melaka
Siapa yang tak pernah naik beca you should try! Beca ni akan bawak dari Muzium Samudera (kapal yang besar tu sampai A Famosa). Satu beca dapat naik dua orang dewasa, tapi kalau rasa berat tu naik je lah sorang. Kesian pakcik nak kayuh. [NP : RM25]






5) Mamee Jonker House
Tempat ni umpama syurga untuk kanak kanak sebab banyak benda cute! Di sini, kita boleh buat 2 benda.
     1- kita boleh customize mamee cup kita sendiri dan dapat mamee cup kita dibungkuskan. Bole masuk bila
          bila masa [NP RM15]
     2- Kita dapat buat sendiri mee segera kita! dari A to Z. Ada specific time and quota. [NP: RM52]




6) Kota A- Famosa
Tempat yang wajib pergi kalau ke Melaka. Ada satu di bawah ( i guess pintu gerbang dia) dan diatas ialah makam makam lama peninggalan zaman Portugis.





7) Stadhuys
Muzium muzium artifak peninggalan zaman dulu dulu. Sebenarnya around A famosa ada lebih kurang 5 muzium. boleh beli tiket and 1 tiket valid for all muzium [NP RM6]




TEMPAT MAKAN MENARIK

1) Mee Beracun Qasreena Cafe (RM 12)
Sedap, portion yang besar! ⭐⭐⭐⭐⭐





2) Coconut Shake Batu Berendam
You guys sure akan jumpa banyak jual coconut shake tapi yang ni mira rasa best sikit ⭐⭐⭐⭐⭐




3)Asam Pedas Pasar Borong
Ramai suggest tempat ni sedap tapi lepas rasa macam biasa je. Tak cukup padu sebab cair and kurang rasa. Mungkin tekak lain orang rasa lain. Siapa ada suggestion boleh bagitahu.Asam pedas ikan tenggiri (RM12) ⭐⭐



4) Roti canai Kayu Arang
Kalau nak pergi sini kena pergi pagi pagi sebab ramai gila orang especially public holiday! Macam haritu pergi tapi tak dapat rasa sebab dah habis roti canai. Kalau betul betul lapar boleh bawak gaduh. No review


5) Kuih Keria Limbongan
Tutup! Baru nak beratur 2 jam haha. Katanya beroperasi balik 1 september. So cari alternatif beli kuih keria di tempat lain
KUIH KERIA MENARA TAMING SARI [RM1 SEKETOI]


Okay tu je. Till then. Nanti share tempat lain pula. Bye.


Nak tengok cara customized Noodle Cup boleh tengok Link di bawah :




1 comments:

Ameer said... REPLY

Nice.. 👍🏻👍🏻👍🏻