Home

The Short Girls .

My photo
People call me mia or miah. An alter-ego. Certain things in here is a HISTORY!

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 27, 2017

Travel : Kapas-Marang International Swimathon 2017, Pulau Kapas dan Bukit Singa



Assalamualaikum readers yang masih aktif dan tak aktif. Dah lama jugak tak update blog, bukan dah lama tapi memang lama. Since starting hujung tahun 2016 saya dah start aktif dengan aktiviti lasak dan aktiviti luar, so, why not saya share di blog pengalaman di beberapa tempat yang saya pergi.



1. Kapas-Marang International Swimathon 2017


Okay, mula mula nak cakap pasal event ni. Macam mana saya boleh sampai ke Pulau Kapas at first adalah pasal event ni. But unfortunately hakak tak join la event ni sebab berenang pun tak gheti ini kan pula berenang sejauh 6.5 KM


Kat bawah ni details of the event. Mira cuma jadi supporter and pom pom girl untuk kawan kawan yang masuk aje (Aswat , Tall and Mr K) haha..sambil sambil tu cuci cuci mata sekali tengok abam abam tanned skin yang sado haha . Katanya aktiviti ini aktiviti tahunan. So siapa berminat , why not join tahun depan pula?




2. Perjalanan ke Terengganu (Marang)

Since actually Mira dah stay di Selangor buat masa sekarang so untuk senang kan urusan Mira start bergerak ke Pulau Kapas dari Pahang bersama kawan kawan. Perjalanan dari Pahang ke Terengganu tak mengambil masa yang lama cuma beberapa jam sahaja. Cuma Mira ada stop di beberapa pit stop (makan kenduri dan ambil orang )




3. Perjalanan menaiki bot ke Pulau Kapas

Jarak antara pulau kapas dengan tanah besar tak jauh, hanya beberapa KM (tak sure).. so perjalanan menaiki bot mengambil masa selama dalam 20 minit sahaja (tak puas naik bot!!)



SEMPAT TIDO SAMBIL NAIK BOT HAHA!



4. Penginapan di Pulau Kapas

Disebabkan geng geng kitorang suka ala ala penginapan like a backpackers sejati iaitu bercamping, (padahal chalet habis huwahuwa)  jadi kami memilih untuk menyewa campsite dan membawa khemah sendiri. Bilik air dan tandas disediakan, so jangan risau okay. Dan sebenarnya bercamping lagi seronok sebab kita dapat merasai lagi dekat dengan nature and life beach boys beach boys kacak,  . Gituhh . Kami memilih campsite yang dekat dengan menara api. Katanya belakang area tu ada kubur lama (tak berapa sure pasal ni). Tapi okay je, dia tak kacau orang haha. Pada belah malam, korang boleh try untuk tidur di persisiran pantai, Star Gazing sambil bercengkarama bersama kawan kawan. Fuhh best, tido kat tepi pantai bersama angin bayu.




5. Aktiviti di Pulau Kapas

  •  Hiking
Pertama sekali selepas kami datang and sampai pada waktu tengahari, lepas siap pasang khemah, kami terus sarung kasut and hiking ke Bukit Singa. Tak jauh pun ke bukit singa, mungkin dalam Sejam lebih (pergi dan balik).View di ouncak bukit singa, masyaAllah cantik sangat, boleh fefeeling kat oversea uols. 




  • Climbing
As a climbers, we climb everywhere and travel will never complete without climbing. So kitorang cari boulder dan batu batu yang boleh climb and kami climb. hehe




  • Snorkelling
 After kawan kawan yang participate dalam Swimathon dah berlepas untuk berenang kami start with snorkelling activity. Tak semua port di pulau kapas ada coral yang lawa. Ada satu port di sebelah kiri jeti menghala ke bukit singa, kat situ coral agak lawa dan banyak ikan. Anda kat situ Snorkelling gear agak murah untuk disewa berbanding tempat lain!
 Genus Porites and Acropora (nama coral)


  •  Berkayak
Normal activity di pulau selain snorkelling awak juga boleh berkayak and pilihlah teman teman yang pandai berkayak kalau kita tahu kita tak pandai haha! Tapi kat sini tak ade watersport macam banana boat , jetski macam tu



6. Makanan dan Minuman

biasalah, harga makanan and minuman di pulau quite mahal, so kalau boleh bawak makanan sendiri dan memasak di sana lagi better.





So sekian untuk entry kali ini. Selamat berjalan!











0 comments: