Home

The Short Girls .

My photo
People call me mia or miah. An alter-ego. Certain things in here is a HISTORY!

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 22, 2014

bulatan kawan











aku tak tahu kenapa,
aku pergi hujung dunia,
aku masih jumpa orang yang berkaitan


dalam berjuta manusia, kenapa aku mesti jumpa orang yang sama
aku pusing pusing muka sama juga aku jumpa.
lagi sebal hati bila orang yang kita tak harapkan pun ada dalam bulatan tu


kadang kadang aku rasa nak bersendiri dekat kutub selatan
berkawan dengan orang yang duduk dalam igloo


mungkin sebab bumi ni bulat
pusing setara mana, nanti akan jumpa penghujung yang sama
tak ada bucu.


mungkin bila dunia ni bulat,
saya dan kamu akan berjumpa
berjumpa di tempat pertemuan Adam dan Hawa.
walau hujung dunia mana kita ada.
sebab dunia ni bulat.


skrip hidup












hidup ni macam satu drama.
ada skrip, ada jalan ceritanya
ada duka, ada gembiranya
tapi skrip aku,
jalan cerita aku.


monotonous.


yang tak ada klimaksnya,
yang mendatar rasanya.
mungkin sebab aku belum sampai plot menarik dalam hidup aku


aku pun tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku.




Si Dungu






aku rindu pada yang tak mahu
aku tunggu seperti si dungu

Wednesday, July 16, 2014

Berhenti berharap



aku berlari mengejar bayang
bayang matahari di kaki bukit
aku tahu matahari tak pernah dan takkan wujud di kaki bukit
tapi aku masih berlari mengejar
kerna aku masih bermimpi dalam jaga
kerna aku percaya mimpi boleh jadi nyata





sikit demi sedikit, hingar bingar orang sekeliling, sakit hati dibakar panas,
aku jaga.
aku mulai buka mata
aku sedar, aku tak perlu kejar
matahari tidak perlu dikejar
jika matahari itu punya kamu
dia masih pancarkan sinar buat kamu walau jauh
dia masih ikut walau kemana geraknya kamu


so,
aku berhenti berharap
aku berhenti mengejar.

Thursday, July 10, 2014

Realiti pahit





aku berfikir,
sudahkah kamu buang jauh,
atau kamu simpan dalam dalam.
aku tak tahu.
aku ingin tahu dari kamu



tapi setiap kali aku tahu sendiri
setiap kali itu kata kata syaitan menerobos akal,
merobek hati pedih.



sakit dia umpama hati yang ditoreh
ditabur garam, di perah limau.



aku masih mahu tahu.