Home

The Short Girls .

My photo
People call me mia or miah. An alter-ego. Certain things in here is a HISTORY!

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

Lelaki sebenarnya tak bodoh .

Hari ni result SPM keluar. For sure ada yang menangis gembira, menangis sedih macam-macam ragam lah.
Biasanya yang menangis tu perempuan lah. Lelaki tak nangis. Cover macho lah konon.ELEH! Lepastu balik rumah, menangis. [tahu dah..]

Sebenarnya, lelaki ni jarang nak jumpa yang bodoh. Sebab dia orang sebenarnya cerdik sangat. Ye lah, lelaki ada 9 akal. Perempuan pulak ada 9 nafsu. Cuma bezanya perempuan rajin that is why kat Universiti semua ramai perempuan. Tapi lelaki ni pemalas. Homework tak pernah siap. Tapi time exam, boleh dikatakan gempak lah jugak. Kalau dorang study , perh straight A+ tu wooT!

Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Waktu sekolah dolu - dolu lah. Masa tu time PMR kot. Mamat sorang ni, kering jerk badan dia. Dah lah nakal. Time exam biasa salu je fail math. Tapi time PMR tu, dia dapat A. Dia sendiri terkejut. Tapi, setakat PMR. Math tu kacang goreng cicah sambal belacan je. Senang. Boleh lah cakap. Tapi yang peliknya, time naik form 5 dia rajin sikit, dia teros jadi terror giler addmath and mathematic. siap boleh buat teori sendiri.


Budak itu . .
MUNGKIN SAYA PATUT BELI  DSLR =(


Yang ni seorang lagi member lelaki, dia masa exam biasa average je dapat. Tapi dia rajin. Boleh lah la dikatakan rajin walaupun selalu suruh saya buat kerja dia.  Tak tahu apa-apa suruh saya yang pergi refer kat cikgu kat buku.Kira rajinlah. [rajin menyusahkan orang lain]
Then time SPM, result dia.. Perh. Hebat. Memang budak kelas saya result hebat-hebat. Kehkehkeh :P

Senang cerita, lelaki yang dok kata dia ni bodoh lah, bodoh la apa lah sebenarnya mereka tak bodoh. Serius!

Korang tahu tak. Antara orang-orang yang bodoh yang berjaya adalah lelaki. Tak adalah nak membanggakan sangat kaum lelaki yang gedik ni. Cuma itu satu fakta bahawa korang sememangnya di kurniakan akal yang cerdik oleh Tuhan. Cuma korang tak memanfaatkannya. Lainlah kalau korang memang dilahirkan dalam keadaaan lembam. Tapi sekarang, even budak "khas" pon boleh berjaya. Takkan yang sempurna tak boleh?

Contoh lelaki yang dulunya kurang cerdik tetapi berjaya.

  1. Albert Einstein
  2. Abraham Lincoln
  3. Bill Gates
  4. Thomas Edison
  5. Beethoven
and yang paling korang kenal dan gilakan benda yang orang ni cipta ialah


 Mark Zuckerberg!

See, kurang cerdik tak beerti tak boleh berjaya. :)

9 comments:

Inspirationalefeks said... REPLY

lelaki kat ats tu bukan kurang cerdik .... cumabelum mengaktifkan sifat menunjuk mereka .. mereka cuma ingin sesuatu yang perfect...

logorithm said... REPLY

Setuju! Hehe...

Semalam I termenonton siri House of Jazmin. Jazmin mati akal sebab problem ngan mesin jahitnya. Sekali adik lelaki dia datang terus dia rekomen cara nak atasi problem tuh. Memang boleh pakai idea adik lelaki dia padahal dia bukannya reti bab jahit-menjahit. Terus problem solved!

mia.lia said... REPLY

msa upsr..tkejut gile dgn sorang budak llaki ni

xpcaye dia dpt 5A,..sbb dia tu mcm merepek je..hahaha

Red said... REPLY

sangat setuju dengan entri ni.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mr vampire said... REPLY

saya merasa bangga dengan entry ni.. :P

man yusoef said... REPLY

berbangga menjadi lelaki...tp ada org cakap...lelaki klu rajin hmpir mengalahkan kerajinan perempuan..huhu..ok aku tak rajin..

Amira Anorah said... REPLY

@Inspirationalefeks : masa bila waktu yang tepat untuk mengaktifkan kecerdikan tu?hahaha

@logorithm: lelaki pandai berfikir secara kreatif..;) ...mereka biasanya fail bab mengingat..hahaha

@mia.lia : same la ngan kawan saya...nerd..tapi...perhhh

@red: awak kan lelaki..memang la..huhu

@mr vampire : sebab awak lelaki..cet!!haha

@man yusoef : dah kawin nanti man rajin la..hahahahah

*47!k@# said... REPLY

hahahaha..sume yg komen kt ats tu lelaki..dah perasan lah tu..suke org dok puji2..lgi2 pompn lak tu yg puji..hahaha..kombang idong masing2..haha..btw,,nice entri ni..siap de bukti lagi ngn fakta yg diberi..memng btol pon..samelah mcm abg ika..dy cerdik tp mls..kwn ika plak cerdik n rajin even upsr dy sama ngn ika,,now dy study luar negara..opss,,dh mcm wt entri..haha..

PeNgEmiS dUniA said... REPLY

nanti keluar dalam list no 7 lak ialah Mohd Zulfadhli . :P

haha . xla fad gurau je tau, fad lak rase fad makin hari makin bodoh . memang dilahirkan bodoh agaknya :')