Home

The Short Girls .

My photo
People call me mia or miah. An alter-ego. Certain things in here is a HISTORY!

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

Awek seksi untuk AQU API yang kesunyian.

AQU API



Gadis Dahi Licin
Pertama kali bersua tak berkelip mataku
Ayu sungguh paras rupawanmu
Tak terucap kata-kata
Tersentak hati berbisik
oh..siapakan gerangannya????


Gadis Dahi Licin
Senyumanmu terngiang-ngiang dibenakku
Sekali kau melenggokkan kelibat
seratus perhatian tertumpu
Umpama angin bayu bertiup
kencang perlahan-lahan mewarnai alam
Indah sungguh ciptaan ini


Gadis Dahi Licin
Namamu sentiasa disebutan ramai
Berlegar-legar auramu
Kau membuat terkedu-kedu jiwa ini
Pabila kelibatmu dipandangan
takkan ku lepaskannya..
Ku tajamkannya menusuk hatimu
Dibawah embun-embun pagi
Ku berfantasi kita bersama


Gadis Dahi Licin
Biarpun rambutmu diselimuti
mahupun tidak..
Biarpun kayangan mana asalmu
Engkau sentiasa dihati tertusuk
Bak harumanmu darimu
yang takkan hilang keseriannya
Kaulah kotak muzikku
yang akan sentiasa mengiramakan
jiwa ini ke langit asmara


Gadis Dahi Licin
Tinggi sungguh martabat ilmumu
bisa mencairkan hati yang keras
menongkakkan si pujangga hingga
tak lena di malam hari

Apakan daya si empunya badan..
bagai gagak di rimba
terkaku diam tanpa memilikimu..
Menanam rasa ini sedalam-dalamnya
Dari jauh sayu
hanya mampu ku puja keindahanmu..


Gadis Dahi Licin
bidadari syurgaku...
dalam berjuta didunia
yang menjadi pujaan si pujangga...
Jiwa ini sudah lara...
Larikan ku alam lain
Terbangkan ku ke hari indah itu lagi
Jadikan dunia ini umpama milikku
Bilakah ketemu lagi...
Mogakan terpatri selamanya
saat ini..
Damaikan perasaan ini
Serikan hati ini seindahnya
Hingga akhirnya kita berjumpa lagi.


coretan : MUKABULAN


Semoga apa yang API hajatkan termakbul.. =)

3 comments:

APi said... REPLY

keh keh keh..
terharu garu gerutu baca..
terima kasih untuk mukabulan dan mira norah..

sape lah yang 'bertuah' tu eh..

entry kaunter di sini..
gadis chantek

ZACK ENTRY said... REPLY

untung la aqu api..:)

APi said... REPLY

ape ni zack..
adeii