Home

The Short Girls .

My photo
People call me mia or miah. An alter-ego. Certain things in here is a HISTORY!

Budak Budak PENDEK. Gua je tinggi.

My Baby Guitar :)

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 19, 2011

IMSOMNIA

HUH!..
Benci betol sebab dah bape minggu tak boleh tido...
dan semalam satu hari tak tido...
nak tido dah pukul 6 pagi..
haha..
lepas solat subuh,nak tido..
tak baik..
nanti rezeki mahal..hahahaaha! (padahal selalu je buat)
so,nak terangkan sikit pasal imsomnia

Insomnia adalah sebuah gangguan tidur yang ditandai dengan gejala-gejala seperti selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus-menerus (lebih dari sepuluh hari) mengalami kesulitan tidur. Atau pesakit sering terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. Seringkali pesakit terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak dapat kembali tidur


Insomnia sering disebabkan oleh adanya suatu penyakit atau akibat adanya permasalahan psikologi. Dalam hal ini, bantuan perubatan atau psikologi akan diperlukan. Salah satu terapi psikologis yang efektif menangani insomnia adalah terapi kognitif. Dalam terapi tersebut, seorang pesakit diajari untuk memperbaiki kebiasaan tidur dan menghilangkan asumsi yang kontra-produktif mengenai tidur. Banyak pesakit insomnia bergantung pada ubat tidur dan zat penenang lainnya untuk bisa beristirahat. Semua ubat sedatif memiliki potensi untuk menyebabkan ketergantungan psikologis berupa anggapan bahawa mereka tidak boleh tidur tanpa ubat tersebut.

ada beberapa tips untuk mengatasi Insomnia, berikut tips-tipsnya:





1.
Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesihatan anda menjadi lebih optimal sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik. (nanti adik cakap saya gila..lari tengah2 malam)
2. 
Elakkan makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak nyaman, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke belakang untuk buang air kecil. Sudah tentu kedua-dua keadaan ini akan menganggu kenyenyakan tidur anda. (patutla.....dinner saya salu pukul 2 pagi..makan nasi pulak tu
3. 
Tidurlah dalam persekitaran yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu bilik tidur anda. Jauhkan jam meja dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda cemas kerana belum dapat terlelap sementara jarum jam kian larut. 
4. 
Kurangkan mengambil minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi. alkohol dan merokok. Minuman ini akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila anda ingin tidur. (saya tak merokok tapi kenapa tak boleh tidur  jugak??)
5. 
Makananlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur, apabila terdapat, tambah dengan segelas susu hangat. (saya makan sepinggan..HAHA)
6. 
Mandilah dengan air hangat 30 minit atau sejam sebelum tidur. Mandi air hangat akan menyebabkan kesan sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air hangat juga mengurangi ketengangan tubuh. (saya selalu mandi air sejuk  =.=")
7. 
Hentikan menonton TV, membaca buku, sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. (saya online 24 jam..macam mana nak stop??)
8. 
Gunakanlah tempat tidur anda khusus untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat tidur. Apabila anda berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur. (saya baring pon tak dapat tidur )
9. 
Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengar muzik, melatih pernafasan, meditasi dan lain-lain akan membantu melambatkan proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur. (nak try)
10. 
Jernihkan fikiran anda. Enyahkan segala kebimbangan yang menghinggapi fikiran anda. Salah satu cara untuk ini adalah menuliskan semua pikiran anda lewat media blog. (wah..nak buat lah..jap..selalu dah buat..tak jadi pon )
11. 
Tidur dan bangunlah dalam tempoh masa yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang kacau akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya. (ni memang tak..patut la....)


semoga hari-hari yang seterusnya saya akan dapat tidur dengan nyenyak..
ZZZZzzzz..
Assalamualaikum...


xoxo
Amira Anorah



0 comments: